Memaparkan catatan dengan label NASIONALISME. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASIONALISME. Papar semua catatan

Selasa, 3 November 2015

CADANGAN


CADANGAN

-             Dibicarakan di mahkamah, didenda atau dipenjarakan dengan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
-             Individu terbabit boleh dilucutkan kewarganegaraan. Sikap sedemikian sahaja sudah menunjukkan bahawa mereka memang tidak cintakankan negara dan cuba untuk menghancurkan keharmonian negara.
-             Mereka juga boleh diwajibkan untuk mengikuti kem PLKN dalam tempoh yang agak lama,  3 tahun contohnya supaya keperibadian baru dapat dibentuk dan semangat cintakan negara dapat disemai dalam diri mereka.
-             Jika individu tersebut seorang pelajar tajaan kerajaan di luar negara, kerajaan boleh menarik kembali tajaan  tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka. Mereka juga boleh diberikan amaran keras atau tindakan tatatertib.
-             Mereka boleh dihukum buang negeri. Mereka boleh memburuk-burukkan nama negarabermakna mereka sememangnya tidak mempunyai rasa kecintaan kepeda negara.
-             Hukuman berat boleh dicadangkan supaya digubal oleh parlimen. Contohnya penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
-              Bertujuan memberi amatran keras kepada rakyat supaya tidak melakukan perkara tersebut kerana hal itu boleh menjatuhkan martabat negara dimata dunia dan juga boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara.

ii)           Kesan 

-                      Akan mencemarkan nama negara dimata negara lain.
-                      Boleh menyebabkan perpecahan kaum sekiranya isu perkauman ditimbulkan. Contohnya mereka mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
-                      Perpaduan negara yang selama ini dipupuk dan dipelihara semenjak merdeka hingga kini akan terjejas.
-                      Keselamatan negara akan terancam. Kerana rahsia negara didedahkan oleh individu ini. Mungkin ada negara lain akan menjadikan isu tersebut untuk membidas Malaysia di persidangan dunia.
-                      Ekonomi negara boleh terjejas apabila nama negara buruk dipersada dunia.
-                      Keamanan dan keharmonian masyarakat akan tergugat.
-                      Generasi muda akan sewenang-wenangnya mempermainkan isu-isu sensitive kerana semangat patriotic mereka telah luntur.
-                      Melahikan generasi yang pentingkan diri dan ini akan menjejaskan survival negara pada masa akan dating.

-                      Kedaulatan negara boleh terancam. Tiada lagi negara yang aman makmur, bebas dan merdeka untuk generasi akan dating.

NASIONALISME


Penentangan pemimpin-pemimpin tempatan yang bercorak setempat telah memulakan gerakan nasionalisme di negara kita.Antara tokoh pejuang tempatan terdiri daripada Dol Said, Dato' Bahaman, Rentap dan sebagainya.Gerakan ini timbul kerana dasar penaklukan British terhadap kawasan-kawasan mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.Gerakan nasionalisme pada awal abad ke-20 menggunakan strategi bersenjata, rundingan dan keagamaan.

Semangat berkerjasama dalam kalangan masyarakat mampu mengatasi ancaman daripada musuh-musuh luar.Kegigihan menimba ilmuakan menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan bagi menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.Tidak mudah putus asa walaupaun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Semangat rela berkorban dari segi masa, harta, tenaga bahkan nyawa perlu ada bagi setiap anggota masyarakat bagi memastikan  kejayaan dalam perjuangan.Keberanian amat penting dalam perjuangan untuk mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara.Cara ini telah digunakan oleh pejuang-pejuang tempatan untuk menentang penjajah.

Semangat cinta kepada negarayang kental mampu melindungi negara daripada dijajah semula.Hal ini dapat dilihat dengan perjuangan Tok Janggut yang sanggup berkorban nyawa.Kita juga perlu bersatu supaya semangat kekitaan dapat dipupuk untuk menjamin keharmonian negara.Berani mempertahankan maruah serta warisan negara, Dato' Maharaja lela sanggup membunuh Birch kerana campur tangan dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.Semangat keberaniannya amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya. Akhirnya beliau juga dijatuhi hukuman gantung.Kita perlu menghargai pejuang-pejuang tokoh tempatan yang telah berkorban nyawa utuk mempertahankan tanah air daripada dijajah.Kesetiaan kepada raja amat penting sebagai tonggak keagungan kerajaan dengan mempertahankan hak, kuasa dan  takhtanya.Hal ini dapat memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi untuk mengelakkan campur tangan negara asing dan akan  kekal berdaulat.Saya juga berharap kita dapat memilih pemimpin yang berwibawa supaya dapat mentadbir negara dengan cekap. Oleh itu,  negara akan  mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020.  Melalui kejayaan yang dicapai, Malaysia akan terus dihormati oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara yang aman  dan stabil.



IKTIBAR

IKTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH

i. Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan bangsa.  Pihak-pihak luar  hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga.Perebutan kuasaakan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita hanya akan menjadi bangsa yangbermaruah jika kita bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.

ii. Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.
Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya.



HADIRNYA NASIONALISME

Nasionalisme merupakan tonggak survival bangsa dan negara.  
Hadirnya semangat nasionalisme yang kuat dalam jiwa setiap warga Malaysia dapat membentuk mengekalkan keamanan negara.  
Rakyat Malaysia akan berusaha untuk mewujudkan negara yang bebas daripada pertelingkahan dan memahami pentingnya keharmonian negara dicapai.  

Semangat nasionalisme turut menjadi pemangkin kerjasama antara rakyat pelbagai kaum untuk mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara.  

Setiap warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha untuk melonjakkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi kejayaan-kejayaan yang dicapai.  

Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh insan-insan bergelar warganegara Malaysia demi negara tercinta termasuklah kejayaan pelayar Dato’ Azhar Mansor dan Dato’ Malik Mydin yang berjaya menyeberangi Selat Inggeris.  

Kejayaan Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest, Dato’ Nicol David meraih kedudukan nombor satu dunia dalam permainan skuasy, kejayaan Dato’ Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dalam permainan badminton dan kejayaan Dato’ Maznah Zulkifli berjaya ke Kutub Utara terus meletakkan nama negara begitu dikenali di persada antarabangsa.  

Kejayaan Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara terus membuka mata negara lain agar Malaysia tidak dipandang rendah.  Semangat nasionalisme yang tebal dalam kalangan warganegara terus ditunjukkan dengan ketrampilan dan ketokohan Dato Seri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Kewujudan tenaga pakar dalam membina LRT di Makkah dan Pertonas dalam mencarigali minyak di luar negara terus menjadi inspirasi kepada semua warga Malaysia.  

Kejayaan dan pengiktirafan yang dicapai oleh insan-insan tersebut diatas bukanlah diatas sikap mementingkan sendiri namun demi negara tercinta, Malaysia. Kesimpulannya, kewujudan semangat cintakan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia akan membawa kejayaan dan menjadi tonggak survival bangsa dan negara.

SEMANGAT NASIONALISME

Semangat nasionalisme rakyat sangat penting
 untuk mengekalkan kedaulatan negara 
kerana setiap rakyat perlu ada perasaan cinta akan negara yang tinggi untuk memajukan negara. 
Selain itu penting untuk mempunyai semangat nasionalisme kerana boleh mempertahankan negara daripada anasir-anasir negatif  luar yang sentiasa cuba merosakkan bangsa Malaysia. 
Oleh itu kita mestilah bersatu padu dalam mempertahankan negara. Rakyat juga mestilah sentiasa diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan agenda pihak luar yang cuba untuk mengangu dan merosakkan negara kita. 
Apabila rakyat mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi, keamanan negara merupakan perkara terpenting dan sanggup berkorban untuk mempertahankan bangsa dan negara.Sebagai negara berbilang kaum, semangat nasionalisme juga boleh memupuk perpaduan serta kerjasama antara kaum yang sangat penting untuk memastikan negara sentiasa aman dan harmoni.
Rakyat juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna dalam semua bidang supaya bangsa Malaysia dipandang tinggi dan dihormati oleh orang luar.Kecemerlangan rakyat dalam pelbagai bidang boleh menjamin keamanan, kestabilan politik, peningkatan ekonomi dan kecemerlangan negara.
 Apabila rakyat Malaysai berupaya mentadbir negara maka adalah sukar untuk pihak-pihak luar cuba untuk campurtangan dalam urusan pentadbiran negara seterusnya ini akan dapat mengekalkan kedaulatan negara.

SEMANGAT NASIONALISME UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Semangat nasionalisme rakyat penting untuk 
mengekalkan kedaulatan negara.

-          Mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi untuk memajukan negara
-          Mempertahankan negara dari anasir-anasir negatif yang akan merosakkan bangsa Malaysia
-          Kita perlu bersatu padu dalam mempertahankan negara
-          Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar
-          Menjaga keamanan negara
-          Sanggup berkorban untuk bangsa
-          Mengekalkan perpaduan kaum
-          Mempunyai sifat bekerjasama
-          Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna
-          Bertanggungjawab menjaga maruah bangsa
-          Ekonomi berkembang pesat
-          Tumpuan pelabur asing
-          Pusat tumpuan pelancong
-          Politik stabil
-          Tiada peperangan
-          Tiada rusuhan
-          Rakyat hidup bertoleransi
-          Keselamatan rakyat terjamin

-          Tiada campur tangan negara luar dalam pentadbiran

CIRI-CIRI GENERASI MUDA

Cadangkan ciri-ciri warganegara  yang berupaya mempertahankan  kedaulatan  negara.

-          Bangga menjadi rakyat Malaysia
-          Sentiasa cinta akan keamanan
-          Mempunyai jati diri bangsa Malaysia
-          Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
-          Sanggup berkorban untuk negara
-          Bertanggungjawab menjaga maruah bangsa
-          Mengelakkan diri dari nilai-nilai negatif
-          Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna
-          Menguasai kepakaran sains dan teknologi
-          Menguasai pelbagai kemahiran
-          Berani menghadapi cabaran
-          Bersikap cekal
-          Mempunyai ciri-ciri pemimpin berwibawa
-          Memiliki sikap toleransi
-          Memngukuhkan integriti
-          Taat setia kepada pemerintah

-          Memelihara perpaduan

PERANAN PELAJAR MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME

Peranan pelajar memperkasakan semangat nasionalisme 

Menghormati lambang negara
Menyanyikan lagu Negara Ku dengan penuh semangat
Mengibarkan Jalur Gemilang
Menghayati Prinsip Rukun Negara
Menghormati Raja dan pemimpin negara
Menghargai pejuangan tokoh-tokoh negara
Mengamalkan tradisi dan  buadaya bangsa
Membeli barangan buatan Malaysia
Berbangga sebagai rakayat Malaysia
Menguasai ilmu pengetahuan
Hidup bersatu padu
Mematuhi peraturan
Lawatan ke Muzium dan Memorial
Mengadakan sudut tokoh

Menyambut Hari Kemerdekaan negara

PROGRAM 1 MALAYSIA

Program 1Malaysia dapat memberi manfaat kepada rakyat Malasia

Amalan hidup yang harmoni
Mengamalkan gaya hidup yang sederhana
Wujud kepelbagaian bahasa dan budaya
Hidup berteraskan persaudaraan
Sentiasa bekerja kuat
Mengagalakkan jimat cermat dalam perbelajaan
Saling membantu bagi yang memerlukan

Menghormati jiran tetangga

CABARAN GENERASI MUDA

Cabaran untuk memperkasakan semangat  nasionalisme dalam kalangan generasi muda
Gejala dadah
Masalah Jenayah menjejaskan keamanan negara
Gejala sosial/ penularan gaya hidup negatif/politik ganas/vandalisme
Pengaruh budaya luar / budaya negatif –L GBT/ k-pop / punk/black metal
Kurang pengetahuan kenegaraan –buta sejarah
Terpengaruh dengan dakyah – yang sentiasa ingin memecahbelahkan perpaduan kaum
Jurang perbezaan pendidikan.
Kurang menguasai ilmu pengetahuan
Kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan

Perkembangan teknologi

CADANGAN UNTUK GENERASI MUDA

Cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.

Mengukuhkan perpaduan
Konsep 1 Malaysia
Menapis pengaruh luar
Penggunaan teknologi terkini
Peranan kerajaan
Menganjurkan Program berunsurkan nasionalisme
Menubuhkan Sekolah Wawasan
Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah
Menjayakan kempen nilai-nilai murni
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara /PLKN
Menubuhkan Kelab Penyokong Sukan Malaysia

Aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti Gotong royong / Rukun Tetangga

SEMANGAT NASIONALISME GENERASI MUDA TERHAKIS

Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda semakin terhakis.

Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda semakin terhakis adalah kurang kesedaran tentang kepentingan semangat nasionalisme pada masa hadapan. Hal ini kemungkinan disebabkan generasi muda lebih fokus kepada usaha untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan hidup. Contohnya memiliki hartanah dan kenderaan.

Selain itu Sikap generasi muda sekarang yang lebih mengagung-agungkan ideologi Barat menyebabkan mereka lebih menitikberatkan hal ini dan mengabaikan  persaan cintakan negara, contohnya ideologi sekularisme. Sehubungan dengan itu juga ghenerasi muda juga kurang ditekankan tentang semangat nasionalismedi sekolah kerana sistem pendidikan di negara yang beroreantasikan peperiksaan hal ini demikian genarasi muda perlu menghabiskan masa dengan menelaaah  buku-buku akademik daripada memikirkan soal nasionalisme contoh peperiksaan SPM,SPTM dan peperiksaan di Universiti-universiti.

Kempen kesedaran tentang pentingnya semangat nasionalisme juga didapati kurang berkesan dan tidak  meluas. Kempen ini sepatutnya dijalankan diseluruh ceruk rantau negara kita melibatkan semua generasi muda , contohnya penglibatan  generasi muda dalam Program Hari Belia Negara perlu dilaksanakan  di semua peringkat sama ada daerah, negeri dan peringkat negara.

Generasi muda juga kurang didedahkan dengan pengetahuan sejarah dan latar belakang sejarah bangsa mereka. Mereka hanya mempelajari sejarah tertentu mengikut sukatan pelajaran sistem pendidikan tanpa menghayati sejarah tersebut.

Sehubungan dengan itu juga kehidupan masyarakat  kini kurang menekankan nilai-nilai kolektif dalam kehidupan seharian. Contohnya terlibat dengan aktiviti kejiranan dalam program perpaduan. Generasi muda juga lebih mementingkan kehidupan yang invidualistik . Kesibukan menghadapi cabaran dunia globalisasi ini menyebabkan mereka lebih ghairah dengan gaya hidup mewah daripada memikirkan aspek-aspek pemuafakatan dan terlibat secara aktif sebagai sebahagaian daripada anggota masayarakat.



KEKERASAN BRITISH


Tindakan kekerasan oleh British menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan adalah tidak wajar kerana tindakan itu menyekat perjuangan mereka menentang penjajahan asing.Mereka mempertahankan hak politik bangsa sendiri.Mereka juga mempertahankan warisan budaya bangsa.Tindakan pemimpin tempatan ini telah menaikkan semangat penduduk tempatan untuk berjuang menentang penjajah.

Tindakan kekerasan ini juga telah membantutkan semangat kesepakatan dalam mempertahankan hak kedaulatan kerajaan pada masa itu.Tindakan ini juga telah memecah-belahkan perpaduan masyarakat tempatan.Penduduk kampong juga merasa tidak selamat kerana bimbang diserang oleh British.

KEJAYAAN BRITISH

Kejayaan British menghapuskan kebangkitan pemimpin setempat. 

Penghulu Dol Said menentang  British kerana tidak bersetuju dengan tindakan british meletakkan naming sebagai sebahagian daripada wilayah mereka. Beliau mengingkari arahan British agar membayar satu persepuluh cukai Naning kepada British di Melaka.Pada tahun 1831, British menghantar tenteranya untuk menakluki Naning.Menjelang akhir 1832, British sekali lagi menghantar 1200 orang tentera untuk menyerang Naning.Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

Penentangan Rentap bermula apabila James Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang kerana menganggap orang Iban sebagai lanun.Rentap memimpin orang Iban menyerang James Brooke di Kubu Nanga.James Brooke bertindak balas.Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok namun diserang lagi oleh James Brooke.Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan penentangnya semakin lemah.
Pada tahun 1857, James Brooke menguasai wilayah Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur di Sungai Rajang.Ini menyebabkan kedua-dua pemimpin itu kehilangan kuasa mengutip cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gafur bertindak menyerang James Brooke di Kucing tetapi gagal.Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah ditangkap dan diserahkan kepada British di Singapura.Datu Patinggi Abdul Gafur melarikan diri ke Betawi tetapi telah ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.British melaksanakan sistem cukai kepada dan cukai perahu.Mereka juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.Gabenor Beaufort bertindak menyerang dan membakar kampong Mat Salleh. Serangan balas oleh tentera SBUB menyebabkan Mat Salleh tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Penentangan penduduk tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela adalah disebabkan J.W.W. Birch tidak menepati fungsinya seba, Britishgai penasihat seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.Pada 2 November 1875, J.W.W.Birch dibunuh oleh Sepuntum, Pandak Lam dan lain-lain atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak. Pada 13 November 1876, British menghantar 500 orang tenteranya menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Sepuntum dan pandak Indut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan politik tempatan.Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang British. Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di sana. Pada tahun 1896, Dato’Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik  oleh Raja Chulalongkorn dan meninggal dunia di sana.

Pengenalan Sistem Penasihat British dan sistem cukai menjadi punca penentangan Tok Janggut terhadap British.Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai. Pada bulan Mei 1915 British membawa masuk tentera dari Negeri-negeri Selat atas nama Sultan Kelantan dan menyerang Saring. Tok Janggut telah terkorban dalam serangan itu.Mayatnya telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang.

Daripada rentetan peristiwa di atas dapat dibuktikan bahawa penentang pemimpin tempatan dapat dipatahkan oleh British dengan jayanya.