Tindakan
kekerasan oleh British menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan adalah tidak
wajar kerana tindakan itu menyekat perjuangan mereka menentang penjajahan
asing.Mereka mempertahankan hak politik bangsa sendiri.Mereka juga
mempertahankan warisan budaya bangsa.Tindakan pemimpin tempatan ini telah
menaikkan semangat penduduk tempatan untuk berjuang menentang penjajah.
Tindakan
kekerasan ini juga telah membantutkan semangat kesepakatan dalam mempertahankan
hak kedaulatan kerajaan pada masa itu.Tindakan ini juga telah memecah-belahkan
perpaduan masyarakat tempatan.Penduduk kampong juga merasa tidak selamat kerana
bimbang diserang oleh British.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan