Semangat
nasionalisme dilihat sebagai satu perkara amat penting yang perlu ada dalam
diri setiap warganegara Malaysia bagi mempertahankan Negara kita daripada kembali
dijajah oleh kuasa –kuasa asing. Kita tidak boleh menolak sama sekali bahawa
semangat seperti sanggup mempertahankan kedaulatan Negara melahirkan individu
yang sanggup berkorban harta dan nyawa bagi mempertahankan Negara daripada
dijajah. Pengorbanan, keberanian dan sikap kepahlawan tokoh dimasa lampau
seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan yang lain-lain membangkitkan semangat
perjuangan.
Dalam
masyarakat yang berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya di Malaysia ini, kita
masih mampu hidup dalam suasana harmoni, aman dan tenteram .Situasi ini
menunjukkan masyarakat mempunyai semangat kerjasama yang kukuh.Hubungan yang
kukuh sudah pasti menyukarkan pengaruh luar untuk mempengaruhi pemikiran rakyat
yang akhirnya boleh membawa kepada ketidakamanan Negara.
Nilai cinta
akan Negara amat penting untuk menjamin kedaulatan Negara, individu yang cinta
akan Negara tidak sanggup menjual maruah bangsa dan negara dengan hanya untuk
kepentingan diri sendiri. Mereka akan menumpahkan sepenuhnya ketaat setia
kepada pemimpin Negara.
Masyarakat
yang berpegang teguh kepada ajaran agama mempunyai nilai-nilai murni dalam diri seperti amanah, adil dan
jujur dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Sikap amanah amat penting
terutama kepada golongan pemimpin Negara.Seawajarnya pimpinan para sahabat nabi
seperti zaman khalifah Khulafah Al Rasyidin menjadi contoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan