Selasa, 3 November 2015

SEMANGAT NASIONALISME

Semangat nasionalisme rakyat sangat penting
 untuk mengekalkan kedaulatan negara 
kerana setiap rakyat perlu ada perasaan cinta akan negara yang tinggi untuk memajukan negara. 
Selain itu penting untuk mempunyai semangat nasionalisme kerana boleh mempertahankan negara daripada anasir-anasir negatif  luar yang sentiasa cuba merosakkan bangsa Malaysia. 
Oleh itu kita mestilah bersatu padu dalam mempertahankan negara. Rakyat juga mestilah sentiasa diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan agenda pihak luar yang cuba untuk mengangu dan merosakkan negara kita. 
Apabila rakyat mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi, keamanan negara merupakan perkara terpenting dan sanggup berkorban untuk mempertahankan bangsa dan negara.Sebagai negara berbilang kaum, semangat nasionalisme juga boleh memupuk perpaduan serta kerjasama antara kaum yang sangat penting untuk memastikan negara sentiasa aman dan harmoni.
Rakyat juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna dalam semua bidang supaya bangsa Malaysia dipandang tinggi dan dihormati oleh orang luar.Kecemerlangan rakyat dalam pelbagai bidang boleh menjamin keamanan, kestabilan politik, peningkatan ekonomi dan kecemerlangan negara.
 Apabila rakyat Malaysai berupaya mentadbir negara maka adalah sukar untuk pihak-pihak luar cuba untuk campurtangan dalam urusan pentadbiran negara seterusnya ini akan dapat mengekalkan kedaulatan negara.

23 ulasan:

  1. sangat bagus . tapi lebih bagus jika ditulis dalam point point.

    BalasPadam
  2. awesome..tapi kalo tulis in pont and huraian lagu bagus dan nampak

    BalasPadam
  3. Goodluck yg tgh buat paper 3 Sej! ;)

    BalasPadam
  4. Terima kasih.mudah untuk buat kajian kes

    BalasPadam
  5. terima kasih
    barakallahufik🤗🤗

    BalasPadam
  6. Terima Kasih,maklumat ini sangat berguna untuk saya mengulang kaji matapelajaran Sejarah

    BalasPadam
  7. Sangat bagus isi Dan huraian yang diberikan

    BalasPadam