Sabtu, 31 Oktober 2015

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN MASYARAKAT

Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British.
   Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar                                                                                                                                      penaklukan British di daerah mereka, sepertdi Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.Untuk mengukuhkan kedudukan politik penjajah.Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas. Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya, contohnya,apabila British mengambl alih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti. Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Selain itu, Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan oleh  British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka.Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British
British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British  telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Selain itu, British menetapkan  setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British. Tanah juga  dikenakan cukai.Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan kerana bagi penduduk tempatan tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai
             Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan. Di Perak,J.W.W Birch telah mencampuri urusan adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Oleh itu, tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
             Faktor seterusnya, pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
          Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya, seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasaKeadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British

             Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan menyebabkan penduduk  memberikan kerjasama dalam menentang British.

PERISTIWA DI PAHANG

Dato Bahaman 
Faktor penentangan Dato’ Bahaman terhadap British di Pahang kerana menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan, iaitu sistem kehakiman Barat.Pengenalan peraturan baru tersebut telah menyebabkan Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan kehilangan kuasa.Manakala pemungutan hasil tanah tidak lagi dibuat oleh pembesar-pembesar Pahang serta penubuhan pasukan polis yang menjejaskan kewibawaan pembesar Pahang.Pengenalan sistem cukai menyebabkan pembesar kehilangan kuasa memungutb cukai.

Dato Bahanam dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama 5 tahun. Pada tahun 1890 Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan Tok Gajah menyerang British di Lubuk Terua kerana   menentang pembinaan balai polis oleh British yang menggugat kekuasaan Dato’ Bahaman. Pada  tahun 1891,  Dato’ Bahaman menyerang British yang  menangkap pengikut-pengikutnya kerana mengeluarkan hasil-hasil hutan tanpa kebenaran British. Pada tahun 1892,  dato Bahaman  menyerang dan menawan semula Lubuk Terua yang menjadi kawasan pengaruhnya. Tahun 1894,  Dato’ Bahaman dan pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling dan menawan Jeram Ampai. Pada tahun 1895, British membalas serangan menyebabkan Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan dan seterusnya ke Thailand.Dato’ Bahaman mendapat perlindungan daripada pembesar Terengganu dan Kelantan.Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu manakala Dato’ Bahaman menetap di Hulu Kelantan. Pada tahun 1896,  Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Dato’ Bahaman  menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 bath dan meninggal dunia di sana.

FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME

Faktor kebangkitan nasionalisme masa sebelum Perang Dunia Kedua

Pengenalan sistem politik Barat
            Diperkenalkan oleh Sir Andrew Clarke telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan.
            British telah meletakkan seorang Residen yang mengambilalih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
            Para pembesar tempatan diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
            Orang tempatan menganggap perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan menjatuhkan maruah mereka.
            Hal ini telah membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.

Perkembangan Sistem Pendidikan
            Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19.
            Teleh melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
            Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
            Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

Dasar British
            Telah menggalakkan menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur,berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
            Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini.
            Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
            Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan.
            Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan British.
            Pembukaan bandar baru sebagai pusat pentadbiran, kemajuan bidang ekonomi dan kewujudan prasarana  telah menjarakkan lagi taraf hidup antara orang tempatan luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar.
            Ternyata dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
            Golongan intelek Melayu menjadikannya isu gerakan nasionalisme.

Pendudukan Jepun
            Menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
            Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara-negara tersebut.
            Konsep Jepun ini menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
            Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun, menyebabkan sebilanganpenduduk Tanah Melayu membenci penjajahansama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
            Bagi mereka semua penjajah tetap zalimdan menekan kehidupan orang tempatan.
            Tentangan orang Melayu jelas apabila British memperkenalkan Malayan Union, mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapapun.

Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
            Penguasaan PKM selama 14 hari telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis komunis.
            PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
            Mereka membunuhndan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
            Gerakan ini mencetuskan perkauman, banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.
            Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Kemunculan Mesin Cetak
            Telah memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
            Penyebaran idea menentang penjajah dapat disebarkan melaui buku, akhbar, majalah,kitab agama dan lain-lain dapat dilakukan secara meluas.

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
            Gerakan Pan-Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam.
            Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia.
            Gerakan reformis Islam yang dimulakan oleh Seikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas.
            Melalui tulisannya, Sheikh Muhammad Abduh memberikan kupasan bahawabIslam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
            Tulisan Sheikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.
            Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.

Kesedaran Politik Serantau
            Kesedaran politik yang berlaku di Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
            Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
            Kesedaran politik dan pendiddikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual.
            Ada yang menjadi penulis besar dan karya mereka telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
            Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka yang tersebar luas di sini dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.
            Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di tanah Melayu.


KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN

Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British adalah wajar. 
          
Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air
            Dol Said  tidak bersetuju dengan tindakan British meletakan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.

Mempertahankan hak ekonomi mereka
 Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
             SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
             Para pembesar di Perak seperti Dato’ Maharajalela menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
             Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.
            British telah memaksa penduduk tempatan di Pasir Puteh menerima pakai sistem cukai yang diperkenalnya.
            Tok Janggut membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.

Berjuang dalam menentang pelaksanaan Undang-undang British
             Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang- undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai
            Selain itu Dato’ Bahaman menentang British kerana penubuhan pasukan polis luar oleh Residen British di Pahang.
             Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British di Terengganu.

Mempertahankan maruah bangsa
            Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar sebagai tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
            Rentap menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagi lanun.
            Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.
            James Brooke membakar perkampungan Rentap.
            James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit tetapi Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Penentangan Mat Salleh di Sabah disebabkan pegawai-pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.
            Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan tetapi tidak dilayan.
            Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar perkampungan  Mat Salleh.

Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan
            Para pembesar di Perak menolak campur tangan British dala adapt resam dan hal ehwal tempatan.
             J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan di Perak dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Mempertahankan hak mereka sebagai pembesar kawasan masing-masing
            Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka,iaitu di Sungai Rajang.
            SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
             Para pembesar di Perak menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
            Penentangan Yamtuan Antah adalah kerana British menduduki Sungai Ujong.
            British menyokong Dato’Kelana menduduki Terachi  dan Paroi.
             British menawan Bukit Putus,Jempol dan Terachi.

Mempertahankan kewibawaan
             Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
            Pelaksanaan undang-undang British telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman di Pahang sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

            British telah memungkiri perjanjian
            Di Perak penentangan penduduk tempatan adalah kerana Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.


ISU NASIONALISME

Maksud nasionalisme

·         Nasionalisme adalah satu pahaman yang menciptakan dan mempertahankan kedaulatan sebuah negara (dalam bahasa Inggeris: nation)
·         Mewujudkan satu konsep identiti bersama
·         Untuk sekelompok manusia yang mempunyai tujuan atau cita-cita yang sama
·         Mewujudkan kepentingan nasional
·         Rasa ingin mempertahankan negaranya

Tanggapan Nasionalis

·         Negara adalah berdasarkan beberapa "kebenaran politik" (political legitimacy)
·         Bersumber dari teori romantisme yaitu "identiti budaya"
·         Bersumber dari kehendak rakyat
·         Atau gabungan kedua teori itu.

Latar belakang gerakan nasionalisme

·         Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
·         Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
·         Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan   sejak abad ke-19.
·         Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
·         Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
·         Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.

·         Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh.

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Sebab-sebab penentangan

·         Dasar penaklukan British
·         Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
·         Seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
·         Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
·         Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
·         Contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
·         Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.


·         Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
·         Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
·         Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.
·         Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
·         Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.


·         Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
·         British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
·         British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
·         Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
·         Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
·         iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.


·         Campurtangan British dalam adat resam tempatan
·         Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.
·         British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan.
·         Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
·         Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.


·         Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
·         Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
·         Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
·         Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
·         Seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
·         Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.
·         Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.


·         Kesulitan penduduk tempatan
·         Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
·         yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.

·         Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.

PERISTIWA DI NANING

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan

·         Naning
·         Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.
·         Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.
·         Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti.
·         Pada tahun 1831, British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning.
·         Dol Said menentang pasukan british.
·         Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada Rembau/ Syed Shaban/ Penghulu Remai dan Rechat/ Dato’ Kelana Sungai Ujong/ Penghulu Gemencheh.
·         Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh, daerah Naning.
·         Pada akhir tahun 1832, British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning.
·         Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
·         Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.

·         Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.

PERISTIWA DI KELANTAN

·         Kelantan
·         Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.
·         Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.
·         British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.
·         Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar cukai.
·         Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.
·         Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak, dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya.
·         Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja, Tok Janggut sebgai perdana menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.
·         Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British membawa masuk pasukan tentera dari Negeri-negeri Selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.
·         Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.
·         Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
·         Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.

·         Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

CARA MENJADI WARGANEGARA

Cara menjadi warganegara Malaysia yang mampu mempertahankan kedaulatan negara

·         Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
·         Sanggup berkorban untuk bangsa
·         Mempunyai sifat kerjasama.
·         Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
·         Menguasai pelbagai kemahiran.
·         Mengekalkan perpaduan kaum.
·         Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
·         Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
·         Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
·         Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
·         Menjaga keamanan negara.
·         Patuh pada ajaran agama.

·         Hormat-menghormati sesama individu