Sabtu, 31 Oktober 2015

KEBANGKITAN PEMIMPIN TEMPATAN

Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British adalah wajar
            
Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air
            Dol Said  tidak bersetuju dengan tindakan British meletakan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.

Mempertahankan hak ekonomi mereka
 Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
             SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
             Para pembesar di Perak seperti Dato’ Maharajalela menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
             Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan dengan memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.
            British telah memaksa penduduk tempatan di Pasir Puteh menerima pakai sistem cukai yang diperkenalnya.
            Tok Janggut membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.

Berjuang dalam menentang pelaksanaan Undang-undang British
             Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang- undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai
            Selain itu Dato’ Bahaman menentang British kerana penubuhan pasukan polis luar oleh Residen British di Pahang.
             Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British di Terengganu.

Mempertahankan maruah bangsa
            Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar sebagai tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
            Rentap menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagi lanun.
            Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.
            James Brooke membakar perkampungan Rentap.
            James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit tetapi Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Penentangan Mat Salleh di Sabah disebabkan pegawai-pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.
            Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan tetapi tidak dilayan.
            Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar perkampungan  Mat Salleh.

Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan
            Para pembesar di Perak menolak campur tangan British dala adapt resam dan hal ehwal tempatan.
             J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan di Perak dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Mempertahankan hak mereka sebagai pembesar kawasan masing-masing
            Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka,iaitu di Sungai Rajang.
            SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
             Para pembesar di Perak menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
            Penentangan Yamtuan Antah adalah kerana British menduduki Sungai Ujong.
            British menyokong Dato’Kelana menduduki Terachi  dan Paroi.
             British menawan Bukit Putus,Jempol dan Terachi.

Mempertahankan kewibawaan
             Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
            Pelaksanaan undang-undang British telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman di Pahang sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

 British telah memungkiri perjanjian

            Di Perak penentangan penduduk tempatan adalah kerana Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan