Faktor kebangkitan nasionalisme masa sebelum Perang Dunia
Kedua
Pengenalan sistem politik Barat
Diperkenalkan oleh Sir Andrew Clarke
telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan.
British telah meletakkan seorang
Residen yang mengambilalih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
Para pembesar tempatan diberikan
pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
Orang tempatan menganggap perubahan
ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan menjatuhkan maruah mereka.
Hal ini telah membangkitkan
kebencian penduduk tempatan terhadap British.
Perkembangan Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan Inggeris dan
sekolah vernakular telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19.
Teleh melahirkan golongan intelek
Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
Mereka menyedari perlunya sumbangan
tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
Mereka telah menggunakan idea baru
untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Dasar British
Telah menggalakkan menggalakkan
sesiapa sahaja datang untuk melabur,berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di
Tanah Melayu.
Ramai orang asing telah datang ke
Tanah Melayu dan menetap di sini.
Kemasukan orang asing yang
berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan.
Mereka menguasai ekonomi Tanah
Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan.
Orang Melayu pula kekal dengan
pertanian padi yang tidak dimajukan British.
Pembukaan bandar baru sebagai pusat
pentadbiran, kemajuan bidang ekonomi dan kewujudan prasarana telah menjarakkan lagi taraf hidup antara
orang tempatan luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar.
Ternyata
dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
Golongan intelek Melayu
menjadikannya isu gerakan nasionalisme.
Pendudukan Jepun
Menjadi pemangkin terhadap gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu.
Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran
Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan
masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara-negara
tersebut.
Konsep Jepun ini menggalakkan orang
tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
Kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun, menyebabkan
sebilanganpenduduk Tanah Melayu membenci penjajahansama ada oleh kuasa Barat
atau Timur.
Bagi mereka semua penjajah tetap zalimdan
menekan kehidupan orang tempatan.
Tentangan orang Melayu jelas apabila
British memperkenalkan Malayan Union, mereka tidak mahu dijajah oleh
sesiapapun.
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
Penguasaan PKM selama 14 hari telah
membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi
komunis komunis.
PKM telah menguasai balai-balai
polis dan memerintah dengan kejam.
Mereka membunuhndan menangkap
sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
Gerakan ini mencetuskan perkauman,
banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.
Serangan mereka telah dibalas oleh
orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Kemunculan Mesin Cetak
Telah memberi kesan kepada
penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
Penyebaran idea menentang penjajah
dapat disebarkan melaui buku, akhbar, majalah,kitab agama dan lain-lain dapat
dilakukan secara meluas.
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
Gerakan Pan-Islamisme merupakan
gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang
lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas
negara-negara Islam.
Gerakan ini didokong oleh pelajar
Islam dari seluruh dunia.
Gerakan reformis Islam yang
dimulakan oleh Seikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir
telah tersebar luas.
Melalui tulisannya, Sheikh Muhammad
Abduh memberikan kupasan bahawabIslam ialah cara hidup yang menekankan
kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
Tulisan Sheikh Muhammad Abduh ini
disebarkan dalam majalah al-Manar.
Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab
Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
Kesedaran Politik Serantau
Kesedaran politik yang berlaku di
Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme
di Tanah Melayu.
Indonesia yang amat rapat dengan
Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu.
Kesedaran politik dan pendiddikan
Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual.
Ada yang menjadi penulis besar dan
karya mereka telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutama yang
berpendidikan vernakular Melayu.
Idea kebebasan politik dan
penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka yang tersebar luas di sini
dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.
Kemasukan orang Indonesia ke Tanah
Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di tanah
Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan