Kebangkitan
pemimpin tempatan menentang British adalah wajar.
Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air
Dol Said tidak bersetuju dengan tindakan British
meletakan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.
Mempertahankan hak ekonomi mereka
Dol Said mengingkari arahan British supaya
Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
Para pembesar di Perak seperti Dato’
Maharajalela menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
Penentangan terhadap penjajahan British
berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan dengan
memaksa penduduk membayar cukai tanah dan padi.
British
telah memaksa penduduk tempatan di Pasir Puteh menerima pakai sistem cukai yang
diperkenalnya.
Tok Janggut membantah perlaksanaan
dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Berjuang dalam menentang pelaksanaan Undang-undang
British
Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan undang-
undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan
seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai
Selain
itu Dato’ Bahaman menentang British kerana penubuhan pasukan polis luar oleh
Residen British di Pahang.
Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulamak
menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan
undang-undang tanah British di Terengganu.
Mempertahankan maruah bangsa
Linggir
menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang
Lupar sebagai tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
Rentap menentang James Brooke kerana
bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagi lanun.
Rentap menyerang pasukan James
Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.
James Brooke membakar perkampungan
Rentap.
James Brooke telah membina sebuah
kubu di Kanowit tetapi Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Penentangan Mat Salleh di Sabah
disebabkan pegawai-pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.
Mat Salleh ke Sandakan untuk
berbincang dengan tetapi tidak dilayan.
Gabenor Beufort telah menyerang dan
membakar perkampungan Mat Salleh.
Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan
Para
pembesar di Perak menolak campur tangan British dala adapt resam dan hal ehwal
tempatan.
J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial
tempatan di Perak dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Mempertahankan hak mereka sebagai pembesar kawasan
masing-masing
Penentangan
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak
penguasaan James Brooke di wilayah mereka,iaitu di Sungai Rajang.
SBUB tidak menghiraukan kedudukan
Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
Para pembesar di Perak menolak penguasaan
British terhadap kawasan mereka.
Penentangan Yamtuan Antah adalah
kerana British menduduki Sungai Ujong.
British menyokong Dato’Kelana menduduki
Terachi dan Paroi.
British menawan Bukit Putus,Jempol dan
Terachi.
Mempertahankan kewibawaan
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
Pelaksanaan undang-undang British telah
menghakis kuasa Dato’ Bahaman di Pahang sebagai Orang Kaya Setia Perkasa
Pahlawan Semantan.
British
telah memungkiri perjanjian
Di
Perak penentangan penduduk tempatan adalah kerana Residen memungkiri fungsinya
sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan