Sabtu, 31 Oktober 2015

NASIONALISME

Nasionalisme / latar belakang nasionalisme 

               Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Perasaan tersebut membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan pengaruh kebudayaan asing.
               Gerakan nasionalisme juga merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan masyarakat tempatan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.
               Penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan