Sabtu, 31 Oktober 2015

PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British.

Dasar penaklukan British
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan British di daerah mereka
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah
Untuk mengukuhkan kedudukan politik penjajah
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas
Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya
Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan


Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
            terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka
            Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan
            Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah
            Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British


Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
British memperkenalkan sistem cukai
            Undang-undang dan peraturan-peraturan tanah
            Untuk mendapatkan hasil yang maksimum
            British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British
            Tanah dikenakan cukai.
            Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan
            Tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai


Campurtangan British dalam adat resam tempatan
            Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan
            British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan
            Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan
            Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan


Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
            Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka
            Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut
            Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya
            Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial
            Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa
            Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British


Kesulitan penduduk tempatan
            Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan

            Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British

3 ulasan: