Sabtu, 31 Oktober 2015

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN MASYARAKAT

Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British.
   Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar                                                                                                                                      penaklukan British di daerah mereka, sepertdi Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.Untuk mengukuhkan kedudukan politik penjajah.Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas. Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya, contohnya,apabila British mengambl alih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti. Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Selain itu, Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan oleh  British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka.Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British
British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British  telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Selain itu, British menetapkan  setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British. Tanah juga  dikenakan cukai.Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan kerana bagi penduduk tempatan tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai
             Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan. Di Perak,J.W.W Birch telah mencampuri urusan adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Oleh itu, tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
             Faktor seterusnya, pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
          Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya, seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasaKeadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British

             Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan menyebabkan penduduk  memberikan kerjasama dalam menentang British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan