Dato Bahaman
Faktor
penentangan Dato’ Bahaman terhadap British di Pahang kerana menolak pelaksanaan
undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik
tempatan, iaitu sistem kehakiman Barat.Pengenalan peraturan baru tersebut telah
menyebabkan Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan
kehilangan kuasa.Manakala pemungutan hasil tanah tidak lagi dibuat oleh
pembesar-pembesar Pahang serta penubuhan pasukan polis yang menjejaskan
kewibawaan pembesar Pahang.Pengenalan sistem cukai menyebabkan pembesar
kehilangan kuasa memungutb cukai.
Dato
Bahanam dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu
menentang British selama 5 tahun. Pada tahun 1890 Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan
Tok Gajah menyerang British di Lubuk Terua kerana menentang pembinaan balai polis oleh British
yang menggugat kekuasaan Dato’ Bahaman. Pada
tahun 1891, Dato’ Bahaman
menyerang British yang menangkap
pengikut-pengikutnya kerana mengeluarkan hasil-hasil hutan tanpa kebenaran
British. Pada tahun 1892, dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua yang
menjadi kawasan pengaruhnya. Tahun 1894,
Dato’ Bahaman dan pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis
di Kuala Tembeling dan menawan Jeram Ampai. Pada tahun 1895, British membalas
serangan menyebabkan Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan dan seterusnya ke
Thailand.Dato’ Bahaman mendapat perlindungan daripada pembesar Terengganu dan
Kelantan.Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu manakala Dato’
Bahaman menetap di Hulu Kelantan. Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan
mendapat perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Dato’ Bahaman menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara
hidup sebanyak 1000 bath dan meninggal dunia di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan