Sabtu, 31 Oktober 2015

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Sebab-sebab penentangan

·         Dasar penaklukan British
·         Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka.
·         Seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
·         Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
·         Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
·         Contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
·         Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.


·         Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
·         Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
·         Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.
·         Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
·         Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.


·         Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
·         British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
·         British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
·         Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
·         Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
·         iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.


·         Campurtangan British dalam adat resam tempatan
·         Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.
·         British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan.
·         Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
·         Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.


·         Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
·         Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
·         Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
·         Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
·         Seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
·         Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.
·         Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.


·         Kesulitan penduduk tempatan
·         Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
·         yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.

·         Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.

12 ulasan: