Maksud nasionalisme
· Nasionalisme adalah satu pahaman yang menciptakan dan mempertahankan kedaulatan sebuah negara (dalam bahasa Inggeris: nation)
· Mewujudkan satu konsep identiti bersama
· Untuk sekelompok manusia yang mempunyai tujuan atau cita-cita yang sama
· Mewujudkan kepentingan nasional
· Rasa ingin mempertahankan negaranya
Tanggapan Nasionalis
· Negara adalah berdasarkan beberapa "kebenaran politik" (political legitimacy)
· Bersumber dari teori romantisme yaitu "identiti budaya"
· Bersumber dari kehendak rakyat
· Atau gabungan kedua teori itu.
Latar belakang gerakan nasionalisme
· Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
· Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
· Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
· Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
· Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
· Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
· Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan