Selasa, 10 November 2015

DIET RASULULLAH S.A.W




Jangan makan SUSU bersama DAGING 

Jangan makan DAGING bersama IKAN 

Jangan makan IKAN bersama SUSU 

Jangan makan AYAM bersama SUSU 

Jangan makan IKAN bersama TELUR 

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA 

Jangan makan BUAH bersama SUSU 


Rabu, 4 November 2015

KINGDOM OF THAILAND

History of Thailand

From Wikipedia, the free encyclopedia
Part of a series on the
History of Thailand
1686 Map of Siam.
History
Sukhothai Kingdom
Ayutthaya Kingdom
Thonburi Kingdom
Rattanakosin Kingdom
Military period
Democratic period
 Thailand portal
Thai people, who originally lived in southwestern China, migrated into mainland Southeast Asia over a period of many centuries. The oldest known mention of their existence in the region by the exonym Siamese is in a 12th-century inscription at the Khmer temple complex of Angkor Wat in Cambodia, which refers to syam, or "dark brown", people.[1] It was believed that Siam derived from Sanskrit śyāma or "brown (people)" with a contemptuous signification. Chinese暹罗pinyinXiānLuó was the name for the northern kingdom centred on Sukhothai andSawankhalok, but to the Thai themselves, the name of the country has always been Mueang Thai.[2]
The country's designation as Siam by Westerners likely came from the Portuguese, the first Europeans to give a coherent account of the country. Portuguese chronicles noted that the Borommatrailokkanat, king of the Ayutthaya Kingdomsent an expedition to the Malacca Sultanate at the southern tip of the Malay Peninsula in 1455. Following their conquest of Malacca in 1511, the Portuguese sent a diplomatic mission to Ayutthaya. A century later, on 15 August 1612, The Globe, an East India Company merchantman bearing a letter from King James I, arrived in "the Road of Syam".[3] "By the end of the 19th century, Siam had become so enshrined in geographical nomenclature that it was believed that by this name and no other would it continue to be known and styled."[4]
Indianised kingdoms such as the Mon, the Khmer Empire and Malay states of the Malay Peninsula and Sumatra had ruled the region. The Thaiestablished their own states: Ngoenyang, the Sukhothai Kingdom, the Kingdom of Chiang MaiLan Na and the Ayutthaya Kingdom. These states fought each other and were under constant threat from the Khmers, Burma and Vietnam. Much later, the European colonial powers threatened in the 19th and early 20th centuries, but Thailand survived as the only Southeast Asian state to avoid European colonial rule because the French and the British decided it would be a neutral territory to avoid conflicts between their colonies. After the end of the absolute monarchy in 1932, Thailand endured sixty years of almost permanent military rule before the establishment of a democratically elected-government system. In 2014 there was a coup d'état, see 2014 Thai coup d'état.

Selasa, 3 November 2015

SOALAN SEJARAH TINGKATAN 2

PENGGUNAAN BUKU TEKS SEJARAH

CADANGAN


CADANGAN

-             Dibicarakan di mahkamah, didenda atau dipenjarakan dengan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
-             Individu terbabit boleh dilucutkan kewarganegaraan. Sikap sedemikian sahaja sudah menunjukkan bahawa mereka memang tidak cintakankan negara dan cuba untuk menghancurkan keharmonian negara.
-             Mereka juga boleh diwajibkan untuk mengikuti kem PLKN dalam tempoh yang agak lama,  3 tahun contohnya supaya keperibadian baru dapat dibentuk dan semangat cintakan negara dapat disemai dalam diri mereka.
-             Jika individu tersebut seorang pelajar tajaan kerajaan di luar negara, kerajaan boleh menarik kembali tajaan  tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka. Mereka juga boleh diberikan amaran keras atau tindakan tatatertib.
-             Mereka boleh dihukum buang negeri. Mereka boleh memburuk-burukkan nama negarabermakna mereka sememangnya tidak mempunyai rasa kecintaan kepeda negara.
-             Hukuman berat boleh dicadangkan supaya digubal oleh parlimen. Contohnya penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
-              Bertujuan memberi amatran keras kepada rakyat supaya tidak melakukan perkara tersebut kerana hal itu boleh menjatuhkan martabat negara dimata dunia dan juga boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara.

ii)           Kesan 

-                      Akan mencemarkan nama negara dimata negara lain.
-                      Boleh menyebabkan perpecahan kaum sekiranya isu perkauman ditimbulkan. Contohnya mereka mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
-                      Perpaduan negara yang selama ini dipupuk dan dipelihara semenjak merdeka hingga kini akan terjejas.
-                      Keselamatan negara akan terancam. Kerana rahsia negara didedahkan oleh individu ini. Mungkin ada negara lain akan menjadikan isu tersebut untuk membidas Malaysia di persidangan dunia.
-                      Ekonomi negara boleh terjejas apabila nama negara buruk dipersada dunia.
-                      Keamanan dan keharmonian masyarakat akan tergugat.
-                      Generasi muda akan sewenang-wenangnya mempermainkan isu-isu sensitive kerana semangat patriotic mereka telah luntur.
-                      Melahikan generasi yang pentingkan diri dan ini akan menjejaskan survival negara pada masa akan dating.

-                      Kedaulatan negara boleh terancam. Tiada lagi negara yang aman makmur, bebas dan merdeka untuk generasi akan dating.

NASIONALISME


Penentangan pemimpin-pemimpin tempatan yang bercorak setempat telah memulakan gerakan nasionalisme di negara kita.Antara tokoh pejuang tempatan terdiri daripada Dol Said, Dato' Bahaman, Rentap dan sebagainya.Gerakan ini timbul kerana dasar penaklukan British terhadap kawasan-kawasan mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.Gerakan nasionalisme pada awal abad ke-20 menggunakan strategi bersenjata, rundingan dan keagamaan.

Semangat berkerjasama dalam kalangan masyarakat mampu mengatasi ancaman daripada musuh-musuh luar.Kegigihan menimba ilmuakan menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan bagi menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.Tidak mudah putus asa walaupaun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Semangat rela berkorban dari segi masa, harta, tenaga bahkan nyawa perlu ada bagi setiap anggota masyarakat bagi memastikan  kejayaan dalam perjuangan.Keberanian amat penting dalam perjuangan untuk mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara.Cara ini telah digunakan oleh pejuang-pejuang tempatan untuk menentang penjajah.

Semangat cinta kepada negarayang kental mampu melindungi negara daripada dijajah semula.Hal ini dapat dilihat dengan perjuangan Tok Janggut yang sanggup berkorban nyawa.Kita juga perlu bersatu supaya semangat kekitaan dapat dipupuk untuk menjamin keharmonian negara.Berani mempertahankan maruah serta warisan negara, Dato' Maharaja lela sanggup membunuh Birch kerana campur tangan dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.Semangat keberaniannya amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya. Akhirnya beliau juga dijatuhi hukuman gantung.Kita perlu menghargai pejuang-pejuang tokoh tempatan yang telah berkorban nyawa utuk mempertahankan tanah air daripada dijajah.Kesetiaan kepada raja amat penting sebagai tonggak keagungan kerajaan dengan mempertahankan hak, kuasa dan  takhtanya.Hal ini dapat memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi untuk mengelakkan campur tangan negara asing dan akan  kekal berdaulat.Saya juga berharap kita dapat memilih pemimpin yang berwibawa supaya dapat mentadbir negara dengan cekap. Oleh itu,  negara akan  mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020.  Melalui kejayaan yang dicapai, Malaysia akan terus dihormati oleh masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara yang aman  dan stabil.



IKTIBAR

IKTIBAR DARIPADA PERJUANGAN TOKOH

i. Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam kalangan masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai kita. Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan bangsa.  Pihak-pihak luar  hanya akan mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga.Perebutan kuasaakan menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita hanya akan menjadi bangsa yangbermaruah jika kita bersatu padu dan mempunyai kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.

ii. Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.
Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya.



HADIRNYA NASIONALISME

Nasionalisme merupakan tonggak survival bangsa dan negara.  
Hadirnya semangat nasionalisme yang kuat dalam jiwa setiap warga Malaysia dapat membentuk mengekalkan keamanan negara.  
Rakyat Malaysia akan berusaha untuk mewujudkan negara yang bebas daripada pertelingkahan dan memahami pentingnya keharmonian negara dicapai.  

Semangat nasionalisme turut menjadi pemangkin kerjasama antara rakyat pelbagai kaum untuk mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara.  

Setiap warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha untuk melonjakkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi kejayaan-kejayaan yang dicapai.  

Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh insan-insan bergelar warganegara Malaysia demi negara tercinta termasuklah kejayaan pelayar Dato’ Azhar Mansor dan Dato’ Malik Mydin yang berjaya menyeberangi Selat Inggeris.  

Kejayaan Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest, Dato’ Nicol David meraih kedudukan nombor satu dunia dalam permainan skuasy, kejayaan Dato’ Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dalam permainan badminton dan kejayaan Dato’ Maznah Zulkifli berjaya ke Kutub Utara terus meletakkan nama negara begitu dikenali di persada antarabangsa.  

Kejayaan Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara terus membuka mata negara lain agar Malaysia tidak dipandang rendah.  Semangat nasionalisme yang tebal dalam kalangan warganegara terus ditunjukkan dengan ketrampilan dan ketokohan Dato Seri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Kewujudan tenaga pakar dalam membina LRT di Makkah dan Pertonas dalam mencarigali minyak di luar negara terus menjadi inspirasi kepada semua warga Malaysia.  

Kejayaan dan pengiktirafan yang dicapai oleh insan-insan tersebut diatas bukanlah diatas sikap mementingkan sendiri namun demi negara tercinta, Malaysia. Kesimpulannya, kewujudan semangat cintakan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia akan membawa kejayaan dan menjadi tonggak survival bangsa dan negara.

SEMANGAT NASIONALISME

Semangat nasionalisme rakyat sangat penting
 untuk mengekalkan kedaulatan negara 
kerana setiap rakyat perlu ada perasaan cinta akan negara yang tinggi untuk memajukan negara. 
Selain itu penting untuk mempunyai semangat nasionalisme kerana boleh mempertahankan negara daripada anasir-anasir negatif  luar yang sentiasa cuba merosakkan bangsa Malaysia. 
Oleh itu kita mestilah bersatu padu dalam mempertahankan negara. Rakyat juga mestilah sentiasa diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan agenda pihak luar yang cuba untuk mengangu dan merosakkan negara kita. 
Apabila rakyat mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi, keamanan negara merupakan perkara terpenting dan sanggup berkorban untuk mempertahankan bangsa dan negara.Sebagai negara berbilang kaum, semangat nasionalisme juga boleh memupuk perpaduan serta kerjasama antara kaum yang sangat penting untuk memastikan negara sentiasa aman dan harmoni.
Rakyat juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berguna dalam semua bidang supaya bangsa Malaysia dipandang tinggi dan dihormati oleh orang luar.Kecemerlangan rakyat dalam pelbagai bidang boleh menjamin keamanan, kestabilan politik, peningkatan ekonomi dan kecemerlangan negara.
 Apabila rakyat Malaysai berupaya mentadbir negara maka adalah sukar untuk pihak-pihak luar cuba untuk campurtangan dalam urusan pentadbiran negara seterusnya ini akan dapat mengekalkan kedaulatan negara.

SEMANGAT NASIONALISME UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Semangat nasionalisme rakyat penting untuk 
mengekalkan kedaulatan negara.

-          Mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi untuk memajukan negara
-          Mempertahankan negara dari anasir-anasir negatif yang akan merosakkan bangsa Malaysia
-          Kita perlu bersatu padu dalam mempertahankan negara
-          Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar
-          Menjaga keamanan negara
-          Sanggup berkorban untuk bangsa
-          Mengekalkan perpaduan kaum
-          Mempunyai sifat bekerjasama
-          Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna
-          Bertanggungjawab menjaga maruah bangsa
-          Ekonomi berkembang pesat
-          Tumpuan pelabur asing
-          Pusat tumpuan pelancong
-          Politik stabil
-          Tiada peperangan
-          Tiada rusuhan
-          Rakyat hidup bertoleransi
-          Keselamatan rakyat terjamin

-          Tiada campur tangan negara luar dalam pentadbiran

CIRI-CIRI GENERASI MUDA

Cadangkan ciri-ciri warganegara  yang berupaya mempertahankan  kedaulatan  negara.

-          Bangga menjadi rakyat Malaysia
-          Sentiasa cinta akan keamanan
-          Mempunyai jati diri bangsa Malaysia
-          Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
-          Sanggup berkorban untuk negara
-          Bertanggungjawab menjaga maruah bangsa
-          Mengelakkan diri dari nilai-nilai negatif
-          Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna
-          Menguasai kepakaran sains dan teknologi
-          Menguasai pelbagai kemahiran
-          Berani menghadapi cabaran
-          Bersikap cekal
-          Mempunyai ciri-ciri pemimpin berwibawa
-          Memiliki sikap toleransi
-          Memngukuhkan integriti
-          Taat setia kepada pemerintah

-          Memelihara perpaduan