Ahad, 1 November 2015

MAT SALLEH

Mat Salleh merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Faktor penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menguasai kawasan pemerintahan Mat Salleh. SBUB melaksanakan sistem cukai kepala dan memperkenalkan surat perahu. Pegawai SBUB bertindak kasar terhadap penduduk tempatan. Pada tahu  1895, Mat salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan. Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh menyebabkan Mat Salleh melarikan diri. Pada 9 Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya telah  melakukan serangan secara  mengejut terhadap kubu SBUB di pulau gaya. Ekoran srangan itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh, iaitu menyerahkan daerah Tambunan kepada Mat Salleh.Namun, SBUB memungkiri janji dan Mat Salleh menyerang kubu SBUB buat kali kedua.Tentera SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh sehingga Mat Salleh kalah dan meninggal dunia 31 januari 1900.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan