Pada 20 Januari 1874, Perjanjian pangkor
ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Pada Februari 1875,
Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar lain membantah
campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela membina kubu di Pasir
Salak.Mesyuarat diadakan di Durian
Sebatang antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar Perak menentang undang-undang British. Pada 12
September 1875, Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W. Birch selepas
bermesyuarat dengan Sultan Abdullah di Belanja.Sultan Abdullah terpaksa
menyerahkan Perak kepada British pada Oktober 1857. Mat Arshad orang suruhan
British dibunuh ketika menampal poster cukai. J.W.W.Birch dibunuh oleh Seputum
di Sungai Perak, Pasir Salak pada
November 1857 atas arahan Dato’ Maharaja Lela. 500 tentera British menyerang
Pasir Salak pada November 1867.Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan
diri ke Kota Lama. Pada November 1877, perbicaraan diadakan di Matang, Perak . Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Seputum, Pandak Lam dan Pandak
Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang ke Johor. Sultan
Abdullah, Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang ke Pulau Seychelles.
Perak dikuasai sepenuhnya di British.
Ahad, 1 November 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan