Selasa, 3 November 2015

HADIRNYA NASIONALISME

Nasionalisme merupakan tonggak survival bangsa dan negara.  
Hadirnya semangat nasionalisme yang kuat dalam jiwa setiap warga Malaysia dapat membentuk mengekalkan keamanan negara.  
Rakyat Malaysia akan berusaha untuk mewujudkan negara yang bebas daripada pertelingkahan dan memahami pentingnya keharmonian negara dicapai.  

Semangat nasionalisme turut menjadi pemangkin kerjasama antara rakyat pelbagai kaum untuk mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara.  

Setiap warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha untuk melonjakkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi kejayaan-kejayaan yang dicapai.  

Antara kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh insan-insan bergelar warganegara Malaysia demi negara tercinta termasuklah kejayaan pelayar Dato’ Azhar Mansor dan Dato’ Malik Mydin yang berjaya menyeberangi Selat Inggeris.  

Kejayaan Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest, Dato’ Nicol David meraih kedudukan nombor satu dunia dalam permainan skuasy, kejayaan Dato’ Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dalam permainan badminton dan kejayaan Dato’ Maznah Zulkifli berjaya ke Kutub Utara terus meletakkan nama negara begitu dikenali di persada antarabangsa.  

Kejayaan Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara terus membuka mata negara lain agar Malaysia tidak dipandang rendah.  Semangat nasionalisme yang tebal dalam kalangan warganegara terus ditunjukkan dengan ketrampilan dan ketokohan Dato Seri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Kewujudan tenaga pakar dalam membina LRT di Makkah dan Pertonas dalam mencarigali minyak di luar negara terus menjadi inspirasi kepada semua warga Malaysia.  

Kejayaan dan pengiktirafan yang dicapai oleh insan-insan tersebut diatas bukanlah diatas sikap mementingkan sendiri namun demi negara tercinta, Malaysia. Kesimpulannya, kewujudan semangat cintakan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia akan membawa kejayaan dan menjadi tonggak survival bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan