Kebangkitan
pemimpin tempatan menentang British adalah wajar.Perkara ini adalah kerana
mereka mempertahankan kedaulatan tanah air. Dol Said tidak bersetuju dengan tindakan British
meletakan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.
Selain
itu,pemimpin tempatan mempertahankan hak ekonomi mereka. Dol Said mengingkari
arahan British supaya Naning menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti
kepada negeri Melaka.Di Sabah, SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.Manakala para pembesar
di Perak seperti Dato’ Maharajalela menolak sistem cukai yang menghapuskan hak
mereka.Begitu juga dengan penentangan terhadap penjajahan British berlaku di
Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan dengan memaksa
penduduk membayar cukai tanah dan padi.British telah memaksa penduduk tempatan
di Pasir Putih menerima pakai sistem cukai yang diperkenalnya.Tok Janggut
membantah perlaksanaan dan enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh
Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Seterusnya,pemimpin tempatan berjuang dalam menentang
pelaksanaan Undang-undang British.Di Pahang, Dato’ Bahaman menolak pelaksanaan
undang- undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik
tempatan seperti sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai .Selain
itu Dato’ Bahaman menentang British kerana penubuhan pasukan polis luar oleh
Residen British di Pahang.Begitu juga dengan Haji Abdul Rahman Limbong seorang
ulamak yang menentang British kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan
undang-undang tanah British di Terengganu.
Disamping itu,mereka juga mempertahankan maruah
bangsa.Linggir menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis
dekat Batang Lupar sebagai tindak balas terhadap langkah James Brooke dan
Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.Manakala Rentap
menentang James Brooke kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai
Skrang yang dianggap sebagi lanun. Rentap menyerang pasukan James Brooke di
Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.James Brooke membakar perkampungan
Rentap.James Brooke juga telah membina sebuah kubu di Kanowit menyebabkan
Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.Penentangan Mat Salleh di Sabah
disebabkan pegawai-pegawai SBUB bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.Mat
Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan tetapi tidak dilayan.Gabenor Beufort
telah menyerang dan membakar perkampungan
Mat Salleh.
Pemimpin tempatan menentang British juga kerana mereka mempertahankan
adat resam dan budaya tempatan.Para pembesar di Perak menolak campur tangan
British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W. Birch juga tidak
menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Selanjutnya, mereka juga mempertahankan hak mereka
sebagai pembesar kawasan masing-masing.Penentangan Syarif Masahor dan Datu
Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di
wilayah mereka,iaitu di Sungai Rajang.Di Sabah SBUB tidak menghiraukan kedudukan
Mat Salleh sebagai pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.Begitu juga
dengan para pembesar di Perak menolak penguasaan British terhadap kawasan
mereka.Manakala penentangan Yamtuan Antah kerana British menduduki Sungai
Ujong.British menyokong Dato’Kelana menduduki Terachi dan Paroi.British juga telah menawan Bukit
Putus,Jempol dan Terachi.
Sehubungan dengan itu pemimpin tempatan menentang British
kerana mempertahankan kewibawaan mereka. Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Gapur kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan.Pelaksanaan undang-undang British telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman
di Pahang sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Akhir sekali mereka menentang British kerana British
telah memungkiri perjanjian.Di Perak penentangan penduduk tempatan adalah
kerana Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub
dalam Perjanjian Pangkor 1874.
terima kasih...sangat2 membantu
BalasPadamTidak membantu
BalasPadam