Ahad, 1 November 2015

DOL SAID

Kebangkitan Dol said di Naning berpunca daripada tindakan British meletakkan Naning sebagai wilayah taklukan British di Melaka. Dol said mengingkari arahan British agar Naning membayar ufti satu persepuluh daripada hasilnya sebagai ufti  kepada Melaka. British telah menghantar tentera untuk menakluk Naning papda tahun 1831 di bawah pimpinan Kapten Wyllie. Dol said telah mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau,  Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat,  Dato’ Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Bantuan pembesar tempatan ini menyumbang kepada kejayaan Dol Said menewaskan angkatan British seramai 150 orang yang diketuai oleh Kapten Wyllie. Pada tahun 1832, British telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk melancarkan serangan kali kedua ke atas Naning.British berjaya menewaskan Dol Said kerana beliau tidak mendapat bantuan daripada pembesar tempatan. Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British dan dibawa ke Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan