Penentangan pemimpin-pemimpin tempatan
yang bercorak setempat telah memulakan
gerakan nasionalisme di negara kita.Antara tokoh pejuang tempatan terdiri daripada Dol Said, Dato' Bahaman,
Rentap dan sebagainya.Gerakan ini timbul kerana dasar penaklukan British terhadap kawasan-kawasan mereka seperti di Naning,
Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.Gerakan nasionalisme pada
awal abad ke-20 menggunakan strategi
bersenjata, rundingan dan keagamaan.
Semangat berkerjasama dalam
kalangan masyarakat mampu mengatasi ancaman daripada musuh-musuh luar.Kegigihan menimba ilmuakan menjadikan
kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan bagi menghadapi kehidupan yang
semakin mencabar.Tidak mudah putus asa
walaupaun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Semangat rela berkorban dari segi masa, harta, tenaga bahkan nyawa
perlu ada bagi setiap anggota masyarakat bagi memastikan kejayaan dalam perjuangan.Keberanian amat penting dalam
perjuangan untuk mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara.Cara ini
telah digunakan oleh pejuang-pejuang tempatan untuk menentang penjajah.
Semangat cinta kepada negarayang
kental mampu melindungi negara daripada dijajah semula.Hal ini dapat dilihat
dengan perjuangan Tok Janggut yang sanggup berkorban nyawa.Kita juga perlu bersatu supaya semangat kekitaan
dapat dipupuk untuk menjamin keharmonian negara.Berani mempertahankan maruah serta warisan negara, Dato' Maharaja
lela sanggup membunuh Birch kerana campur tangan dalam adat resam dan hal ehwal
tempatan.Semangat keberaniannya amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada
pejuang seterusnya. Akhirnya beliau juga dijatuhi hukuman gantung.Kita perlu menghargai pejuang-pejuang tokoh tempatan
yang telah berkorban nyawa utuk mempertahankan tanah air daripada dijajah.Kesetiaan kepada raja amat penting
sebagai tonggak keagungan kerajaan dengan mempertahankan hak, kuasa dan takhtanya.Hal ini dapat memberikan
keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh
raja.
Saya
berharap rakyat Malaysia akan terus
mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi untuk mengelakkan campur tangan
negara asing dan akan kekal berdaulat.Saya
juga berharap kita dapat memilih
pemimpin yang berwibawa supaya dapat mentadbir negara dengan cekap. Oleh
itu, negara akan mencapai tahap negara maju menjelang tahun
2020. Melalui kejayaan yang dicapai, Malaysia akan terus dihormati oleh
masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan