Kejayaan British menghapuskan kebangkitan
pemimpin setempat.
Penghulu Dol
Said menentang British kerana tidak
bersetuju dengan tindakan british meletakkan naming sebagai sebahagian daripada
wilayah mereka. Beliau mengingkari arahan British agar membayar satu persepuluh
cukai Naning kepada British di Melaka.Pada tahun 1831, British menghantar
tenteranya untuk menakluki Naning.Menjelang akhir 1832, British sekali lagi
menghantar 1200 orang tentera untuk menyerang Naning.Penghulu Dol Said terpaksa
menyerah diri dan dibawa ke Melaka.
Penentangan
Rentap bermula apabila James Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
kerana menganggap orang Iban sebagai lanun.Rentap memimpin orang Iban menyerang
James Brooke di Kubu Nanga.James Brooke bertindak balas.Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok namun diserang lagi oleh James Brooke.Rentap terpaksa
berundur ke Ulu Sungai Entabai dan penentangnya semakin lemah.
Pada tahun
1857, James Brooke menguasai wilayah Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Gapur di Sungai Rajang.Ini menyebabkan kedua-dua pemimpin itu kehilangan kuasa
mengutip cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
Syarif Masahor dan Datu
Patinggi Abdul Gafur bertindak menyerang James Brooke di Kucing tetapi gagal.Syarif
Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah ditangkap dan diserahkan kepada
British di Singapura.Datu Patinggi Abdul Gafur melarikan diri ke Betawi tetapi
telah ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
Syarikat
Borneo Utara British (SBUB) tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai
pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.British melaksanakan sistem cukai
kepada dan cukai perahu.Mereka juga bersikap kasar terhadap penduduk
tempatan.Gabenor Beaufort bertindak menyerang dan membakar kampong Mat Salleh.
Serangan balas oleh tentera SBUB menyebabkan Mat Salleh tewas dan meninggal
dunia pada 31 Januari 1900.
Penentangan
penduduk tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela adalah disebabkan
J.W.W. Birch tidak menepati fungsinya seba, Britishgai penasihat seperti
termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.Pada 2 November 1875, J.W.W.Birch
dibunuh oleh Sepuntum, Pandak Lam dan lain-lain atas arahan Dato’ Maharaja Lela
di Sungai Perak. Pada 13 November 1876, British menghantar 500 orang tenteranya
menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Sepuntum
dan pandak Indut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Dato’
Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat
resam dan politik tempatan.Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu
menentang British. Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
dan mendapat perlindungan di sana. Pada tahun 1896, Dato’Bahaman berpindah ke
Bangkok dan diberikan perlindungan politik
oleh Raja Chulalongkorn dan meninggal dunia di sana.
Pengenalan
Sistem Penasihat British dan sistem cukai menjadi punca penentangan Tok Janggut
terhadap British.Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan
membayar cukai. Pada bulan Mei 1915 British membawa masuk tentera dari
Negeri-negeri Selat atas nama Sultan Kelantan dan menyerang Saring. Tok Janggut
telah terkorban dalam serangan itu.Mayatnya telah diarak ke seluruh pecan Kota
Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan songsang.
Daripada
rentetan peristiwa di atas dapat dibuktikan bahawa penentang pemimpin tempatan
dapat dipatahkan oleh British dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan