strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang British.
i. Pemimpin mendapat bantuan dan kerjasama daripada pemimpin kawasan
lain untuk mengalahkan British. Misalnya, Dol Said dibantu oleh Yam Tuan Ali
dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujong
dan serta Penghulu Gemencheh.
ii. Pemimpin membina kubu untuk mempertahankan kedaulatan daerah mereka.
Misalnya, Rentap membina kubu di Bukit Sadok untuk melindungi pengikutnya.
iii. Pemimpin bertindak berani menyerang kubu yang dibina oleh penjajah
untuk melindungi kepentingannya. Misalnya, Syarif Masahor telah menyerang kubu
James Brooke di Kanowit.
iv. Pemimpin juga cuba untuk berunding dengan pihak penjajah British.
Misalnya, Mat Salleh telah pergi ke Sandakan bagi menyelesaikan peraturan baru
yang dilaksanakan berkaitan sistem cukai, tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB.
v. Pemimpin dengan beraninya
mengambil keputusan untuk merancang pembunuhan terhadap pegawai British yang
angkuh dan sombong serta tidak menghormati adat resam Melayu. Misalnya, Dato’
Maharaja Lela telah berpakat dengan pemimpin lain untuk membunuh JWW Birch
ketika bermesyuarat di Belanja, Perak.
vi. Pemimpin membuat beberapa
siri serangan terhadap penguasaan British di kawasan mereka. Misalnya, Dato’
Bahaman telah melakukan lima kali serangan terhadap British sejak tahun 1890
hingga 1895.
vii. Untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak British, pemimpin
tempatan telah mendapat perlindungan dari negeri lain. Misalnya, Dato’ Bahaman
mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
viii. Pemimpin menubuhkan
kerajaan sementara untuk menentang
British. Misalnya, Tok Janggut menyerang dan menawan Pasir Putih dan menubuhkan
kerajaan.
ix. Pemimpin tidak menghiraukan
arahan dan tidak mematuhi peraturan yang diperkenalkan oleh British. Misalnya, Haji Abdul Rahman tetap meneruskan
aktiviti membersihkan tanah di Kuala Telemong walaupun tanpa kebenaran.
x. Pemimpin melancarkan
penentangan bersenjata terhadap British. Misalnya, Haji Abdul Rahman dan
penduduk tempatan telah menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang.
Yokoooo
BalasPadamBabi
Padamsabar writer😭😭😭
Padamyamtuan antah takde ke
BalasPadamyang komen tahun 2020 ni mesti budk ipg haha ...gudluck fellas
BalasPadamPada pendapat anda,apakah strategi lain yg boleh digunakan untuk menentang British?Tolong mcm nak buat ni esei
BalasPadamOuh
Padamnak yamtuan antah
BalasPadamMne tok janggut punya
BalasPadamalhamdulillah jumpa jawapan esei
BalasPadam