Mampukah pemimpin tempatan menentang penjajah
British.
Penentangan
pemimpin tempatan terhadap British pasti mampu berjaya sekiranya menggunakan
strategi penentangan yang berbagai-bagai.Contohnya melakukan penentangan secara
terbuka, penentangan secara gerila, serangan mengejut, tunjuk perasaan,
perbincangan dan sebagainya.Penentangan juga perlu dilakukan secara serentak di
pelbagai tempat supaya pihak British tidak berupaya mengagih-agihkan
tenteranya.
Yang kedua
ialah mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat tempatan.Pemimpin tempatan
patut membangkitkan kesedaran masyarakat tentang keburukan tindakan yang
dilakukan oleh pihak British.
Strategi
yang berikutnya ialah mengadunkan penggunaan kelengkapan senjata tradisional
dan senjata moden .Senjata tradisional digunakan untuk melakukan serang
hendap.Mereka juga boleh mengubahsuaikan senjata tradisional supaya dapat
digunakan untuk pertempuran jarak jauh.
Strategi
seterusnya ialah menambahkan bilangan penentang.Pemimpin tempatan hendaklah
melatih golongan muda kerana mereka lebih agresif dan bersemangat. Pemimpin
juga perlu menyediakan latihan ketenteraan dengan cara mengajar taktik
peperangan dan kemahiran menggunakan senjata.
Strategi
lainnya pula ialah mendapatkan sokongan istana. Pemimpin tempatan hendaklah
sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan sultan agar mereka mengetahui tiupu
muslihat British yang menggunakan nama sultan. Sokongan istana juga menyebabkan
pihak British lebih berhemah dalam tindakan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan