Selasa, 3 November 2015

CADANGAN


CADANGAN

-             Dibicarakan di mahkamah, didenda atau dipenjarakan dengan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
-             Individu terbabit boleh dilucutkan kewarganegaraan. Sikap sedemikian sahaja sudah menunjukkan bahawa mereka memang tidak cintakankan negara dan cuba untuk menghancurkan keharmonian negara.
-             Mereka juga boleh diwajibkan untuk mengikuti kem PLKN dalam tempoh yang agak lama,  3 tahun contohnya supaya keperibadian baru dapat dibentuk dan semangat cintakan negara dapat disemai dalam diri mereka.
-             Jika individu tersebut seorang pelajar tajaan kerajaan di luar negara, kerajaan boleh menarik kembali tajaan  tersebut untuk memberi pengajaran kepada mereka. Mereka juga boleh diberikan amaran keras atau tindakan tatatertib.
-             Mereka boleh dihukum buang negeri. Mereka boleh memburuk-burukkan nama negarabermakna mereka sememangnya tidak mempunyai rasa kecintaan kepeda negara.
-             Hukuman berat boleh dicadangkan supaya digubal oleh parlimen. Contohnya penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
-              Bertujuan memberi amatran keras kepada rakyat supaya tidak melakukan perkara tersebut kerana hal itu boleh menjatuhkan martabat negara dimata dunia dan juga boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara.

ii)           Kesan 

-                      Akan mencemarkan nama negara dimata negara lain.
-                      Boleh menyebabkan perpecahan kaum sekiranya isu perkauman ditimbulkan. Contohnya mereka mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
-                      Perpaduan negara yang selama ini dipupuk dan dipelihara semenjak merdeka hingga kini akan terjejas.
-                      Keselamatan negara akan terancam. Kerana rahsia negara didedahkan oleh individu ini. Mungkin ada negara lain akan menjadikan isu tersebut untuk membidas Malaysia di persidangan dunia.
-                      Ekonomi negara boleh terjejas apabila nama negara buruk dipersada dunia.
-                      Keamanan dan keharmonian masyarakat akan tergugat.
-                      Generasi muda akan sewenang-wenangnya mempermainkan isu-isu sensitive kerana semangat patriotic mereka telah luntur.
-                      Melahikan generasi yang pentingkan diri dan ini akan menjejaskan survival negara pada masa akan dating.

-                      Kedaulatan negara boleh terancam. Tiada lagi negara yang aman makmur, bebas dan merdeka untuk generasi akan dating.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan