Cabaran pemimpin tempatan ketika berjuang menentang
British.
Antara
cabaran pemimpin tempatan ketika berjuang menentang British ialah sikap tidak
bersatu antara pemimpin dengan pemimpin dan rakyat dengan
pemimpin.Masing-masing dengan keinginan sendiri.Bilangan anggota yang sedikit juga menjadi cabaran
besar kepada pemimpin pada masa itu.
Penentang
yang bersifat setempat juga menjadi penghalang perjuangan pemimpin tempatan.
Mereka tidak mendapat kerja sama dari pembesar daerah / wilayah lain.
Tiada
organisasi yang tersusun dalam kalangan pemimpin tempatan.Ini disebabkan
bilangan anggota yang sedikit dan perjuangan yang tidak dirancang dengan
teliti.
Strategi
pemimpin British lebih berkesan daripada pemimpin tempatan. British membina
kubu pertahanan yang lebih kuat dan mendapat bantuan tentera dari wilayah lain
seperti bantuan tentera Negeri-negeri
Selat.
Teknologi
persenjataan pihak British juga lebih moden daripada pemimpin tempatan. British
menggunakan senjata seperti pistol dan Meriam manakala pemimpin tempatan hanya
menggunakan parang, keris dan tombak yang tidak dapat menjejaskan pihak
penjajah.
Britih juga
menggunakan tipu muslihat.Pihak British selalunya menggunakan kuasa sultan
untuk melemahkan pemimpin tempatan.Ini disebabkan budaya pemimpin pada masa itu
adalah taat kepada perintah sultan dan tidak mahu menderhaka kepada sultan.
Terima kasih sangat membantu👍
BalasPadam