Pada
bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong dan penduduk membersihkan
tanah untuk bercucuk tanam di Kuala Telemong tanpa mendapatkan kebenaran
daripada British.Pada bulan Mei 1925, 300 penduduk membersihkan tanah milik
Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III yang meliputi kawasan dari
Lubuk Batu sehingga Kampung Pelam.Pembukaan tanah tanpa kebenaran itu telah
membimbangkan British, namun dapat disuraikan dengan jasa baik Tengku Nik
Maimunah.Pada bulan Mei 1928, penduduk telah melancarkan serangan bersenjata
dengan menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya
mendudukinya.Penduduk di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan menentang
British. British telah menggunakan nama Sultan Terengganu dan berjaya menawan
semula Kuala Berang. Cara ini memudahkan British kerana orang Melayu tidak akan
menderhaka kepada Sultan. Seramai 25 orang daripada pasukan polis telah
menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan penentangan tersebut.Seramai
50 orang polis dari Singapura telah menyerang Haji Abdul Rahman Limbong.Haji
Abdul Rahman Limbong telah ditangkap dan dibuang ke negeri Makkah.
Ahad, 1 November 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nk sebab dan bentuk penentangan haji abdul rahman limbong din terengganu
BalasPadam