Bentuk
perjuangan pemimpin tempatan menentang British.
i. Pemimpin
tidak mempedulikan arahan British. Misalnya Haji Abdul Rahman membersihkan
tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.
ii. Pemimpin
tempatan melancarkan penentangan bersenjata. Misalnya, orang Haji Abdul Rahman
menyerang dan menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.
iii. Pemimpin tempatan bertindak menubuhkan sebuah
kerajaan baru setelah berjaya menawan sesebuah daerah. Misalnya, Tok Janggut
dan pemimpin lain menubuhkan sebuah kerajaan setelah menawan Pasir Putih.
iv. Pemimpin
telah melancarkan serangan kawasan yang
di bawah penguasaan British. Misalnya, Dato’ Bahaman menyerang dan menawan
semula Lubuk Terua, Kuala Tembling dan Jeram Ampai pada tahun 1892.
v. Peminpin
tempatan mengadakan perundingan dan mesyuarat serta merancang untuk menentang
British. Misalnya, Dato’ Maharaja Lela mengadakan mesyuarat dengan pembesar
lain di Durian Sebatang dan Belanja untuk menentang JWW Birch di Perak.
vi. Pemimpin
tempatan menyerang kubu yang dibina oleh penjajah British. Misalnya, Rentap
menyerang James Brooke di Kubu Nanga Skrang.
vii. Pemimpin tempatan enggan menandatangani
perjanjian yang dibuat oleh British. Misalnya, Dato’ Syahbandar enggan
menandatangani perjanjian dengan British ( 1874 ) kerana tidak mahu menerima
kemasukan British ke Sungai Ujong.
viii. Pemimpin tempatan bekerjasama dan saling
membantu menentang British. Misalnya, Dol Said dibantu oleh Yam Tuan Ali dari
Rembau, Syed Syaaban, Penghulu Remai da Rechat.
ix. Pemimpin bertindak balas secara kekerasan
terhadap British yang menyerang daerah-daerah mereka. Misalnya, Linggir telah
menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar bagi menghalang pelayarn James Brooke.
x. Pemimpin tempatan yang marah terhadap British
yang telah mungkir janji dan tidak mematuhi pelan damai. Misalnya, Mat Salleh menyerang
kubu SBUB di Pulau Gaya kali kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan