Kebangkitan pemimpin tempatan menentang penjajah
British
tidak Berjaya
Penentangan
pemimpin tempatan terhadap British tidak berjaya kerana masyarakat
tempatan tidak bersatu. Pemimpin dan
rakyat tidak bersatu hati.Berlaku juga perpecahan dalam kalangan pengikut.
Selain itu,
penentangan juga tidak berjaya kerana penentangan bersifat setempat.Penentangan
tidak berlaku di seluruh negeri Contohnya, penentangan terhadap British di
Kelantan hanya berlaku di daerah Pasir Puteh sahaja.Manakala, penentangan di Perak hanya berlaku di Pasir Salak
sahaja.
Pemimpin
tempatan tidak mempunyai organisasi yang tersusun.Mereka tidak menubuhkan badan
yang boleh menyatukan masyarakat dalam satu organisasi.Perkara ini menyebabkan
mereka tidak dapat merancang strategi penentangan secara berkesan.
Strategi
penentangan kurang berkesan.Penentanagn hanya dilakukan secara
terbuka.Masyarakat tempatan tiada kubu untuk bertahan.Taktik serangan tidak
dirancang dengan teliti.
Teknologi
persenjataan kurang canggih. Masyarakat tempatan hanya menggunakan senjata
tradisional seperti keris, tombak, lembing, pedang dan sebagainya. Peralatan
senjata tersebut tidak dapat menewaskan senjata moden yang digunakan oleh pihak
British.
Pemimpin
tempatan terpedaya dengan tipu muslihat British. British menggunakan nama
sultan untuk mematahkan serangan kerana mereka tahu orang Melayu sangat taat
kepada raja. British menawarkan pelan damai walaupun pada akhirnya mereka
mungkir janji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan