Faktor kebangkitan nasionalisme masa sebelum Perang Dunia
Kedua
Pengenalan sistem politik Barat yang diperkenalkan oleh
Sir Andrew Clarke telah memusnahkan sistem politik tradisional
tempatan.TindakanBritish meletakkan seorang Residen yang mengambil alih
pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.Oleh itu, Para pembesar tempatan
diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.Orang
tempatan menganggap perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka
dan menjatuhkan maruah mereka.Hal ini telah membangkitkan kebencian penduduk
tempatan terhadap British.
Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular telah
diperkenalkan pada akhir abad ke-19.Perkembangan Sistem Pendidikantelah
melahirkan golongan intelek Melayu yang
mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Hai ini menyebabkan mereka menyedari perlunya
sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.Mereka
telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
British.
Dasar British telah
menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur,berniaga, berdagang,
bekerja dan menetap di Tanah Melayu.Ini menyebabkanramai orang asing telah
datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini.Akibatnya,kemasukan orang asing yang
berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, glolongan imigran ini telah menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang
perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Kesannya,orang
Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan British.Pembukaan
bandar baru sebagai pusat pentadbiran, kemajuan bidang ekonomi dan kewujudan
prasarana telah menjarakkan lagi taraf
hidup antara orang tempatan luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di
bandar.Ternyata dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
Golongan intelek Melayu menjadikannya isu gerakan nasionalisme.
Pendudukan Jepun telah menjadi pemangkin terhadap gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran
Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan
masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara-negara
tersebut.Konsep Jepun ini menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan
Jepun berjanji akan memerdekakan mereka. Kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun, menyebabkan
sebilangan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat
atau Timur.Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang
tempatan.Penentangan orang Melayu jelas apabila British memperkenalkan Malayan
Union, mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapapun.
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari ke
atas Tanah Melayu telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan
memulakan penyebaran ideologi komunis komunis.PKM telah menguasai balai-balai
polis dan memerintah dengan kejam.Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja
yang dianggap sebagai penyokong Jepun.Gerakan ini mencetuskan perkauman, banyak
orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.Serangan mereka
telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Kemunculan Mesin Cetaktelah memberi kesan kepada
penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap
British.Penyebaran idea menentang penjajah dapat disebarkan melaui buku,
akhbar, majalah,kitab agama dan lain-lain dapat dilakukan secara meluas.
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
turut berperanan besar.Gerakan Pan-Islamisme merupakan gerakan intelektual
Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap
Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam.Gerakan ini
sebenarnya didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia.Gerakan reformis
Islam yang dimulakan oleh Seikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti
al-Azhar, Mesir telah tersebar luas.Melalui tulisannya, Sheikh Muhammad Abduh
memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan
dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.Tulisan Sheikh
Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.Selain itu, Gerakan Wahabi
yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
Kesedaran politik yang berlaku di Asia Tenggara, terutama
di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Hal ini
kerana, Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan
budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Selain itu,
kesedaran politik dan pendiddikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan
ramai golongan intelektual. Ada yang menjadi penulis besar dan karya mereka
telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutama mereka yang berpendidikan vernakular Melayu. Idea
kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka yang
tersebar luas di sini dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.Kemasukan orang
Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme
Indonesia di tanah Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan