Selasa, 3 November 2015

SEMANGAT NASIONALISME GENERASI MUDA TERHAKIS

Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda semakin terhakis.

Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda semakin terhakis adalah kurang kesedaran tentang kepentingan semangat nasionalisme pada masa hadapan. Hal ini kemungkinan disebabkan generasi muda lebih fokus kepada usaha untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan hidup. Contohnya memiliki hartanah dan kenderaan.

Selain itu Sikap generasi muda sekarang yang lebih mengagung-agungkan ideologi Barat menyebabkan mereka lebih menitikberatkan hal ini dan mengabaikan  persaan cintakan negara, contohnya ideologi sekularisme. Sehubungan dengan itu juga ghenerasi muda juga kurang ditekankan tentang semangat nasionalismedi sekolah kerana sistem pendidikan di negara yang beroreantasikan peperiksaan hal ini demikian genarasi muda perlu menghabiskan masa dengan menelaaah  buku-buku akademik daripada memikirkan soal nasionalisme contoh peperiksaan SPM,SPTM dan peperiksaan di Universiti-universiti.

Kempen kesedaran tentang pentingnya semangat nasionalisme juga didapati kurang berkesan dan tidak  meluas. Kempen ini sepatutnya dijalankan diseluruh ceruk rantau negara kita melibatkan semua generasi muda , contohnya penglibatan  generasi muda dalam Program Hari Belia Negara perlu dilaksanakan  di semua peringkat sama ada daerah, negeri dan peringkat negara.

Generasi muda juga kurang didedahkan dengan pengetahuan sejarah dan latar belakang sejarah bangsa mereka. Mereka hanya mempelajari sejarah tertentu mengikut sukatan pelajaran sistem pendidikan tanpa menghayati sejarah tersebut.

Sehubungan dengan itu juga kehidupan masyarakat  kini kurang menekankan nilai-nilai kolektif dalam kehidupan seharian. Contohnya terlibat dengan aktiviti kejiranan dalam program perpaduan. Generasi muda juga lebih mementingkan kehidupan yang invidualistik . Kesibukan menghadapi cabaran dunia globalisasi ini menyebabkan mereka lebih ghairah dengan gaya hidup mewah daripada memikirkan aspek-aspek pemuafakatan dan terlibat secara aktif sebagai sebahagaian daripada anggota masayarakat.



4 ulasan:

  1. ..............................................................................................................................................................................................................................................................

    BalasPadam
  2. terima kasih....
    benda nie berguna sangat..👍👍👍

    BalasPadam
  3. tak bagus ,tak jelas pun ,boleh tulis lebih panjang sikit

    BalasPadam