Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British.
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan
dasar
penaklukan British di daerah mereka,
sepertdi Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.Untuk
mengukuhkan kedudukan politik penjajah.Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik
British menjadi luas. Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan
peraturannya, contohnya,apabila British mengambl alih Melaka daripada
Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar
ufti. Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Selain itu, Eksploitasi
terhadap ekonomi tempatan oleh British
berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan
mereka.Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh
British dengan pemimpin tempatan.Menerusi perjanjian,saudagar dari
Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan
perdagangan bijih timah. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk
tempatan terhadap British
British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada
penduduk tempatan. British telah
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Selain itu, British menetapkan setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk
mesti mendapat kebenaran British. Tanah juga
dikenakan cukai.Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat tempatan kerana bagi penduduk tempatan tanah
boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai
Campurtangan British dalam adat resam
tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan.British telah memaksa
penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya
tempatan. Di Perak,J.W.W Birch telah mencampuri urusan adat resam masyarakat
Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Oleh itu, tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat
tempatan.
Faktor seterusnya, pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah
kawasan mereka.
Sebelum penjajahan, kebanyakan
pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk
mentadbir kawasan tersebut.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa
untuk menjaga hal ehwal daerahnya, seperti soal
pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.Penjajahan British terhadap daerah
mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasaKeadaan ini menyebabkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka
menentang British
Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang
menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin
tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan menyebabkan penduduk memberikan kerjasama dalam menentang British.