Ahad, 1 November 2015

TINDAK BALAS BRITISH TERHADAP PEMIMPIN TEMPATAN

A ) Jelaskan tindakbalas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan. I .British menghantar bilangan tentera yang ramai bilangannya untuk menghapuskan penentangan. Misalnya, untuk melemahkan penentangan Dol Said dalam serangan kali kedua British telah menghantar 1200 orang tentera iaitu 6 kali ganda ramai daripada serangan pertama. ii. British melakukan penipuan dalam menunaikan perjanjian damai dengan pemimpin tempatan. Misalnya, SBUB telah mungkir janji terhadap Mat Salleh yang dijanjikan daerah Tambunan ketika menawarkan pelan damai setelah Mat Salleh berjaya menawan Pulau Gaya. Iii. British menjadi orang tengah yang mempunyai agenda tersembunyi dalam menyelesaikan pertikaian pemimpin tempatan. Misalnya, perebutan kawasan Sungai Ujong antara Dato’ Syahbandar dan Dato’ Kelana.Oleh sebab Dato’ Syahbandar menolak penguasaan British, kawasan Sungai Ujong diserahkan kepada Dato’ Kelana.Dato’ Syahbandar dikehendaki meletak jawatan dan berhijrah ke Singapura. iv. British melakukan kezaliman terhadap masyarakat yang terlibat penentangan. Misalnya, kampong halaman masyarakat Iban telah dibakar dan mereka diusir kerana menyokong Rentap yang menentang James Brooke. v. British menyerang kampung dan daerah yang menolak penguasaan mereka. Misalnya, Linggir pemimpin Iban di Saribas yang menentang James Brooke. vi. British turut membina kubu untuk menghadapi penentangan pemimpin tempatan. Misalnya, James Brooke membina kubu di Kanowit untuk menghadapi penentangan Syarif Masahor. vii. British menggunakan nama sultan membawa masuk tentera Negeri-negeri Selat menggunakan Kapal H.M.S. Cadmus untuk menghapuskan penentangan Tok Janggut di Kelantan. viii. British juga menangkap dan menghukum anak-anak buah pemimpin tempatan yang terlibat dengan penentangan. Misalnya, Sepuntum dan Pandak Lam dijatuhi hukuman gantung kerana bersama-sama Dato’ Maharaja Lela yang menentang British di Perak. ix. British telah menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu dengan menghantar tiga orang pembesar untuk membawa perintah sultan akan manangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Hal ini merujuk peristiwa penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu. x. British bertindak keras terhadap mana-mana sultan yang terlibat dengan penentangan. Misalnya, Sultan Abdullah di Perak telah dibuang ke Pulau Seychelles.

3 ulasan: